Sunday, March 28, 2010

MUQADDIMAH

Assalamu'alaikum,Salam Islah dan Salam 1 Malaysia


Bismilahhirrohmanirrahim.Alhamdulillah,sumalhamdulillah.Alhamdulillah hillazi arsalarosulahu bil huda wadiniil haq,liyoz hirohu 'aladdii ni kullih,wakafa billah,hisyahiida."Segala puji bagi Allah yang mengutus Rasulullah dengan petunjuk dan Agama Islam yang benar,dan cukuplah Allah sebagai saksi."

Saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah diatas kesempatan ini dan mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang telah menyokong perjuangan Gabungan Pemuda Ikrar Setia ataupung singkatannya IKRAR selama ini.

Alhamdulillah,kini kita sedang melangkah ke dimensi baru yang menuntut kita berubah dari segi pemikiran dan perbuatan.Saya sedar ianya bukanlah mudah,apatah lagi kita telah terbiasa gaya lama namun ianya bukan mustahil juga apabila mengambil kira kejayaan kita mengadakan pelbagai program yang berjaya menarik kehadiran begitu ramai peserta dan penyokong terutama program Kejohanan Futsal IKRAR 1 Malaysia yang kita adakan baru-baru ini. Ini membuktikan sebenarnya kita mampu dan mampu untuk pergi dengan lebih jauh lagi,apa yang penting hanyalah komitmen bersepadu dan semangat sepasukan untuk bekerjasama dalam meletakkan IKRAR sebagai sebuah persatuan yang disegani.

Mengambil kira keahlian IKRAR yang merentasi pelbagai peringkat belia berumur 18 hingga ke 40 tahun,yang terdiri daripada semua lapisan sosial samada bawahan,pertengahan,atasan dan termasuklah juga pelajar,kakitangan awam dan sektor swasta,maka pelbagai program telah dirancang untuk mengeratkan ukhwah silaturahim dan sebagai jalinan kerjasama sesama ahli.Saya juga mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai IKRAR pada masa akan datang.IKRAR juga telah menubuhkan sebuah seketariat khas untuk wanita sebagai ruang untuk wanita terlibat dalam aktiviti dan program yang dirancang.

Setakat ini IKRAR telah mempunyai mempunyai keahlian di 7 buah negeri iaitu Kedah,Pulau Pinang,Kuala Lumpur,Selangor,Johor,Terengganu dan Pahang.Proses penambahan ahli masih lagi berjalan dan dianggarkan 2 ribu orang ahli akan mendaftar pada tahun 2010.Keahlian bagaimanapun hanya terbuka untuk remaja ataupun belia Islam kerana prinsip utama IKRAR adalah kepercayaan terhadap Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa,yang mana prinsip ini tidak mungkin dapat diikuti oleh penganut agama-agama lain.

Perjuangan IKRAR adalah menjunjung 5 prinsip Rukun Negara dan selari dengan syariat Islam.Didalam IKRAR terdapat garis sempadan yang membataskan ahli-ahlinya terlibat dalam kegiatan jenayah ataupun mungkar.Ini adalah matlamat IKRAR dalam membentuk warganagera yang taat pada undang-undang dan masyarakat yang berpegang pada etika sosial yang murni dan sihat.

Tujuan diwujudkan IKRAR adalah untuk membentuk perpaduan kerana perpaduan adalah kunci kejayaan sesebuah ummah.Dengan perpaduan kita dapat bersatu tenaga dan fikiran untuk melaksanakan sesuatu demi kebajikan bersama.Tenaga seseorang individu dengan sendirinya tidak mampu mengatasi pelbagai tugas hidup,sebaliknya tenaga ramai akan mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.Sebab itu apabila terdapat umat bersatupadu ,maka kejayaan cemerlang akan dicapai.Firman Allah SWT dalam surah al-Hasyr ayat 14,maksudnya :

''mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu,melainkan dikampung-kampung yang berbenteng kukuh,atau dari sebalik tembok.Permusuhan diantara mereka teramatlah keras;engkau menyangka mereka bersatu padu,sedang hati mereka berpecah belah.Yang demikian itu kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami."

Diharap IKRAR akan berkembang menjadi organisasi yang bersifat kenegaraan yang selari dengan tuntutan agama.IKRAR akan menjadi wadah bagi golongan muda untuk menyuarakan pendapat dan pandangan,IKRAR juga akan membantu sekiranya tenaganya diperlukan,IKRAR juga akan menentang sekiranya berlaku kezaliman atau kesesatan,dan paling penting IKRAR sememangnya menentang kemungkaran.

Semoga perjuangan IKRAR diberkati Allah dan sentiasa ditunjukkan jalan yang benar,Firman Allah SWT dalam surah al-Fatihah ayat 6 dan 7 maksudnya :

"tunjukilah kami jalan yang lurus , iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat pada mereka,bukan (jalan)orang-orang yang engkau telah murkai,dan bukan pula (jalan) orang yang sesat "

Marilah bersama IKRAR!

MOHD RIZAL SUHARDY BIN MD MANSOR

Pengerusi Gabungan Pemuda Ikrar Setia (IKRAR)